photo 5c946a32-05c7-48e5-8d0c-12905722613d_zps641e3b9f.jpg

Followers

Friday, December 12, 2014

Mama To be :)



Assalammualaikum kalian....Pertama sekali fasya nak ucapkan syukur pada illahi..sampai sekarang fasya masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi ini dan masih mencoret cerita kisah hidup fasya. Siapa yang kenal fasya mungkin tahu kisah perjalanan hidup fasya selama nie,kisah famili,kisah cinta dan alhamdulillah sekarang fasya da bersuami,seorang imam yang baik mendidik fasya,selepas pemergian ayahanda tercinta.

 Pejam celik,pejam celik cepat masa berlalu... dah 9 bulan fasya bergelar isteri, dan sekarang hanya menanti hari untuk bergelar mama.. inilah impian setiap wanita, bergelar seorang isteri pada seorang lelaki dan paling yang di impikan ialah bergelar ibu,umi,mak,mama,mummy pada zuriat yang lahir melihat dunia dari perut kita sendiri. Fasya tak sangka dan tak percaya pada usia yang muda ini, fasya dapat gelaran ini.. MAMA.


Dulu masa bujang, hanya mampu melihat keadaan seorang mama yang menjaga mendidik anak-anak mereka, tapi kini fasya sendiri merasai detik baby mula membesar dalam kandungan kita..betapa seronoknya tika merasai tendangan bayi kecil dalam perut kita..fasya memang happy sangat bila dapat tahu dah preggy. Mana ada wanita kat muka bumi yang tak happy bila dah tahu mengandung kan... hahaha :D apa la fasya nie....


Sembilan bulan fasya bawa baby ini ke hulu ke hilir... kini masa menanti kelahiran baby melihat dunia.... tak sabar fasya nak tengok baby... hihi. Persiapan menyambut baby semua dah siap...mase shopping barang baby, Ya Allah seronoknya rambang mata nak pilih barang-barang baby....hahaha.

Apa-apa pun di sini fasya memohon kemaafan dan keampunan pada semua yang mengenali fasya, halalkan lah jika pernah termakan,terminum, terambil barang, terpinjam apa-apa lah dari kalian yer..kini fasya menanti hari kelahiran baby sulung.. doakan lah agar proses kelahiran semua selamat dan berjalan lancar... berkat doa kalian amat fasya hargai dan syukur pada-Nya. Hanya Tuhan mampu balas kebaikan kalian. Amin.. :)

No comments: