photo 5c946a32-05c7-48e5-8d0c-12905722613d_zps641e3b9f.jpg

Followers

Tuesday, April 1, 2014

Kenal,Kawan,Sahabat,Cinta..akhirnya,perpisahan..



Salam pembuka cerita aku untuk entri kali ini..lama aku menyepi,sunyi sepi blog nie...
kini aku pulang mencoret cerita kembali....
sekian lama aku tak berkongsi kisah dengan korang akhirnya aku kembali bercerita...

firstly aku minta maaf sangat pada followers sebab lama diamkan diri,aku tak ada idea la nak bercerita,sibuk keja...huhu.. so korang semua sihat tak?? entri korang ape cerita??
ada story best??

kisah aku kali ni mengenai kenal,kawan,sahabat,cinta..akhirnya,perpisahan..
kalau korang paham ape disebalik tajuk nie,korang boleh nilai sendiri...
macam mana boleh kita kenal,jadi kawan,pergi ke title sahabat,bercinta....lastly pisah.

bumi nie bulat,mana kita pergi mustahil kita takkan berkenalan dengan sesiapa....
dari istilah berkenalan akhirnya bawa ke erti kawan,kawan nie dalam dunia memang banyak...
kawan baik,kawan sejati,kawan makan kawan pun ada....
tapi susah nak dapat kawan yang boleh di gelar sahabat...bagi aku antara kawan dan sahabat ade
perbezaan,kawan dengan semua orang kita bole berkawan...tapi bagi aku sahabat satu title yang istimewa bagi orang yang memahami kehidupan kita....

Dari erti persahabatan yang terjalin,tanpa kita sedar muncul bibit cinta yang kita tak tahu mana datang perasaan tu..dalam masa kita bersahabat kita mula sayang satu sama lain...
macam mana sahabat susah macam tu jugak kita rase...tanpa kita sedar bila sahabat kita mula jauh,kita rasa lain,kita rasa rindu,kita rasa sunyi..ape tande semua tu kalau bukan cinta??
kita mula menafikan pada permulaannya...tapi akhirnya kita terpaksa terima kenyataan bahawa kita sememangnya tak boleh tipu diri sendiri...

bila masing masing da simpan perasaan satu sama lain,mula beterus terang...dan berjanji akan setia selamanya...tanpa kita sedar dengan perjanjian tu...kita seolah2 menjanjikan putusnya sebuah persahabatan...tapi jangan sangka,sebuah persahabatn yang terjalinnya cinta tak kekal akhirnya, ada yang kekal selamanya tapi bole dikatakan zaman serba moden nie 80% pasangan yang terjalin cinta dari perhubungan sahabat nie tak kekal ke jinjang pelamin.

So kita da dewasa,boleh berfikir mana baik buruknya sebuah perhubungan.Jadi jangan la kita permainkan sesebuah perhubungan yang terjalin dari mulanya baik.Dalam tajuk entri aku kali nie,aku nak kita sedar,bila masenye kita berkenalan,berkawan,bersahabat,bercinta dan akhirnya kita berpisah.Pendapat aku,biar la kita kekal sahabat selamanya.
Renung2kan.... :) Publish xoxo.!


                            

No comments: